Sunday, 29 January 2017

7 Tips Menghilangkan Kutu Kucing



Ramai antara pemilik/tuan kucing yang sering mengalami masalah bagi mengatasi masalah KUTU pada kucing kesayangan mereka. Jadi disini MEOW akan share 6 cara bagi menghilangkan kutu pada kucing kesayangan anda. Harap info MEOW dapat membantu anda semua.





1. Mandikan Kucing 

Gunakan syampu khas untuk membasmi kutu kucing. Pastikan biarkan syampu berada dibadan kucing anda sekurang-kurangnya 3 minit sebelum membilasnya. 

Selain itu, anda juga boleh menggunakan cecair pencuci pinggan lemon kerana lemon sangat mujarab untuk membunuh kutu kucing.


2. Pakai Sikat Kutu

Sikat bulu kucing anda secara teratur bagi mencegah pembiakan kutu. Seeloknya lakukan selepas memandikan kucing anda.


3. Jaga Kebersihan

Pastikan tempat tidur kucing anda dalam keadaan bersih. Kain, selimut, alas & sebagainya yang biasa digunakan oleh kucing anda perlu dicuci selalu.Seeloknya basuh dengan menggunakan air panas & secawan cuka bagi membunuh kutu & juga telurnya yang tertinggal.


4. Gunakan Lemon

Ambil secerek air panas mendidih & masukkan setengah buah biji buah lemon ke dalamnya. Tutup cerek & biarkan sejuk. Lemon tersebut akan larut sepenuhnya. Tuangkan larutan lemon kedalam botol semburan & sembur pada kucing anda. Kutu sangat tidak suka kepada bau lemon.


5. Gunakan Semburan Pembasmi Kutu

Dapatkan semburan kutu di Pet Shop berdekatan. Cara menggunakannya adalah dengan menyemburkan dibahagian permukaan kulit kucing anda. Sembur diatas kepala, bawah dagu, beberapa kawasan dibahagian tulang belakang sehingga ke pangkal ekor kucing & dibahagian kaki.


6. Gunakan Cuka

Sama seperti lemon, kutu tidak suka dengan bau cuka. Campur setengah bahagian air & setengah bahagian cuka. Kemudian tuangkan larutan cuka tersebut kedalam botol semburan & sembur kebahagian kulit kucing anda.


7. Gunakan Minyak Kayu Putih

Khasiat minyak kayu putih juga berupaya untuk melindungi haiwan kasayangan anda. Campurkan beberapa titis minyak kayu putih pada air mandiannya sebelum memandikan kucing anda.




Diharapkan tips ini dapat membantu anda semua menangani masalah  kutu pada kucing kesayangan anda
Jangan lupa untuk LIKE page Kucing Mucing kami di Facebook.
Sekian, MEOW mengundurkan diri.

No comments:

Post a Comment