Nutmeg merupakan salah satu kucing tertua di dunia yang berusia 31 tahun bersamaan 141 tahun umur manusia & masih hidup. Malangnya umur Nutmeg tidak dapat disahkan kerana ia tidak memiliki sebarang sijil kelahiran/sijil pengesahan.
Umur 31 tahun tersebut hanya dapat disahkan oleh tuan Nutmeg sahaja. Mereka menjumpai Nutmeg 26 tahun lalu sekitar usianya 5 tahun. Sehingga kini mereka sedang berusaha untuk mendapatkan pengesahan umur sebenar Nutmeg.
Kucing tertua yang mendapat pengiktirafan dari Guinness Book Records adalah Poppy yang berusia 24 tahun bersamaan 114 tahun umur manusia. Namun begitu, Poppy telah meninggal dunia setelah seminggu menyambut harijadi ke 24 tahunnya.
Ramai bertanya bagaimana Meow mengira umur kucing = umur manusia. Okay ini penjelasannya:-
Menurut pakar, 2 tahun pertama kucing bersamaan dengan 25 tahun umur manusia. Setiap 3 bulan seterusnya bersamaan 1 tahun umur manusia (1 tahun umur kucing = 4 tahun umur manusia). Disitulah Meow dapat kiraan umur kucing-kucing ni.
Jangan lupa untuk LIKE page Kucing Mucing di Facebook ya. Sampai disini saja, Meow mengundur diri.
No comments:
Post a Comment